Ijem tekad bangkit

Khairulnizam ketika beraksi pada perlumbaan Kategori Laser Lelaki di Enoshima Yacht Harbour pada Isnin. Foto: Sailing Energy
Khairulnizam ketika beraksi pada perlumbaan Kategori Laser Lelaki di Enoshima Yacht Harbour pada Isnin. Foto: Sailing Energy
A
A
A

PELAYAR negara, Khairulnizam Mohd Afendy mengakui perlu bekerja lebih keras lagi pada baki perlumbaan Kategori Laser Lelaki bagi menempatkan diri dalam kelompok 10 terbaik pada Sukan Olimpik Tokyo 2020.

“Alhamdulillah, perlumbaan hari ini ada peningkatan jika dibandingkan semalam sebab angin banyak membantu saya. Race pertama baik begitu juga race kedua cuma saya melakukan kesilapan pada lap terakhir apabila angin berubah ke kanan, saya pula berubah ke kiri, saya tidak alert situasi itu.

“Jadi 14 boat jugalah yang overtake saya, jadi itu adalah kesilapan besar saya pada perlumbaan terakhir hari ini, tapi insya-ALLAH saya banyak belajar dan anggapnya pengalaman untuk tiga lagi perlumbaan esok,” katanya ketika dihubungi Sukan Sinar pada Isnin.

Pada perlumbaan di Enoshima Yacht Harbour itu, Khairulnizam menamatkan dua perlumbaan masing-masing di tempat ke-14 dan ke-28 daripada 35 peserta yang mengambil bahagian.

Khairulnizam kini menduduki tempat ke-27 dengan berbaki tujuh lagi perlumbaan selepas mengakhiri tiga perlumbaan sebelum ini.

Khairulnizam ketika beraksi pada perlumbaan Kategori Laser Lelaki di Enoshima Yacht Harbour pada Isnin. Foto: Sailing Energy
Khairulnizam ketika beraksi pada perlumbaan Kategori Laser Lelaki di Enoshima Yacht Harbour pada Isnin. Foto: Sailing Energy

Untuk rekod, pelayar Finland, Kaarle Tapper kini menguasai kedudukan teratas diikuti peserta Croatia, Tonci Stipanovic kedua manakala pelayar Cyprus, Pavlos Kontides ketiga.

Mengenai cabaran, Khairulnizam yang juga pemenang pingat perak Sukan Asia Incheon 2014 itu mengakui pengalaman beraksi dalam dua edisi sebelum ini iaitu London 2012 dan Rio 2016 banyak membantunya dalam perlumbaan di Tokyo 2020 kali ini.

Artikel Berkaitan:

“Ini kali ketiga beraksi di pentas Sukan Olimpik, jadi pendedahan terdahulu telah banyak membantu saya untuk mengawal boat apabila berdepan perlumbaan berintensiti tinggi di temasya sukan terbesar dunia ini.

“Fokus saya sekarang adalah untuk memperbaiki lagi prestasi untuk perlumbaan esok (hari ini), saya tahu boleh berikan lebih baik lagi pada hari ini cuma satu dua part kesilapan yang buat saya kena tinggal,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!