Hapus tol, utamakan tol bertrafik tinggi: Pemuda Amanah

Faiz Fadzil
Faiz Fadzil
A
A
A

SHAH ALAM - Pemuda Amanah mencadangkan kerajaan memberi keutamaan untuk menghapuskan tol di laluan bertrafik tinggi bagi fasa penghapusan akan datang.

Timbalan Ketua Pemudanya, Faiz Fadzil berkata, langkah itu perlu dalam usaha mengurangkan kos sara hidup rakyat secara signifikan dan segera.

“Pemuda Amanah menyambut baik keputusan kerajaan PH meneruskan pemansuhan konsesi tol secara berperingkat, selari dengan manifesto PRU14 yang lalu.

“Seperti diumumkan kerajaan sebelum ini, rundingan dengan Gamuda Berhad melibatkan empat tol iaitu Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint), Lebuhraya Shah Alam (Kesas) dan Terowong SMART. Di mana keempat-empat tol ini merupakan laluan penting di Lembah Klang.

“Pelan menamatkan konsesi tol secara berperingkat adalah keputusan yang terbaik, namun kita cadang supaya beri tumpuan khusus di kawasan bandar serta laluan trafik yang tinggi,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Faiz yang juga ADUN Permatang Pasir menambah, rakyat juga diminta memberi masa dan ruang kepada kerajaan untuk menamatkan bayaran tol secara berperingkat demi kebaikan bersama.

“Pelan menamatkan konsesi tol secara berperingkat adalah keputusan yang terbaik kerana ia dapat menunaikan janji PH kepada rakyat dan pada masa yang sama, tidak memudaratkan kesihatan fiskal kerajaan persekutuan.

“Walaupun diakui kos pengambilalihan tol di negara ini adalah tinggi, namun ia adalah lebih afdal berbanding tindakan pembayaran subsidi tol untuk mengelakkan kenaikan kadar tol seperti yang dilakukan kerajaan BN dahulu,”katanya.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya lagi, tindakan pengambilalihan tol oleh Kerajaan PH akan memberikan penjimatan terbaik bagi poket pembayar cukai untuk jangka masa panjang.

ARTIKEL BERKAITAN:

PH hapus mekanisme kutipan tol sedia ada, perkenal formula baharu

Kerajaan belum mampu mansuhkan tol: Tun M

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!