[VIDEO] Bandar raya China dilanda ribut pasir
BEIJING - Satu rakaman video menunjukkan bandar raya Dunhuang, China hilang di balik kepulan debu setinggi lebih 91 meter yang datang dari arah Gurun Gobi pada Ahad.
Rakaman itu dilakukan seorang penduduk yang berkongsi video berkenaan menerusi Twitter.
Dalam rakaman tersebut, bandar raya berkenaan hilang ketika ribut debu itu bergerak perlahan-lahan ke arah Dunhuang.
Polis terpaksa menutup jalan-jalan utama dan meminta pengguna-pengguna jalan raya ke kawasan perkhidmatan selepas jarak penglihatan terbatas kurang enam meter.
Akhbar South China Morning Post melaporkan, ribut itu melanda pada kira-kira jam 3 petang waktu tempatan.
Dunhuang dikenali mempunyai cuaca yang berdebu.
Pada Jun lalu, penduduk di bandar raya Hotan di barat China pernah mengalami masalah seperti itu. - Agensi
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!- Iklan -Hamas sahkan Yahya Sinwar terbunuh
18 Oktober 2024 09:07pmSingapura tahan remaja bawah ISA, rancang lakukan serangan semasa cuti sekolah - ISD
18 Oktober 2024 07:32pmKereta api bawa bahan api tergelincir di Sri Lanka selepas bertembung gajah
18 Oktober 2024 05:39pmYahya Sinwar akan jadi sumber inspirasi bagi Palestin - Iran
18 Oktober 2024 04:37pmBelanjawan 2025: Di mana PN?
18 Oktober 2024 08:45amDugaan rakyat Kedah kali ini lebih panjang
18 Oktober 2024 07:30amBan pecah: 33 mangsa dipindahkan di PPS Sungai Panjang
18 Oktober 2024 08:01am'Mahu langgar motosikal anak selepas tertangkap bersama kekasih gelap'
18 Oktober 2024 08:40am