Bapa Aliff Syukri selamat dikebumi
SUNGAI BESAR - Jenazah bapa kepada usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu 23,Sungai Nibong, di sini, pagi tadi.
Jenazah Kamarzaman Kamaludin, 59, yang dibawa dari Masjid Makmuniah, Simpang Lima, dikebumikan kira-kira jam 10.30 pagi tadi.
Terdahulu jenazah disembahyangkan kira-kira jam 10 pagi di masjid itu yang diimamkan waris Allahyarham yang juga Exco Dewan Ulama Pas Negeri Selangor, Abdul Shukor Kaspani.
Allahyarham sebelum ini menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 5 petang, semalam, di Thomson Hospital, Kota Damansara, akibat komplikasi jantung tahap tiga dan paru-paru berair.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!