Perenang wanita Australia pecah rekod 100m kuak lentang
PERENANG Australia, Kaylee McKeown meraih emas 100 meter kuak lentang wanita dengan catatan masa 57.47 saat sekali gus mencatat rekod baharu olimpik di temasya Olimpik Tokyo di Tokyo pad Selasa, lapor Xinhua.
Catatan masa itu memperbaiki pencapaian rekod dunia yang diciptanya sendiri.
Sementara itu perenang Kanada Kylie Masse terpaksa akur di tempat kedua dengan catatan masa 57.72 saat.
Gangsa menjadi milik Regan Smith dari Amerika Syarikat yang baharu berusia 19 tahun. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!