Cemas 10 minit terperangkap dalam kereta

Anggota bomba menjalankan operasi untuk membuka pintu bagi mengeluarkan kanak-kanak yang terperangkap. Foto: Ihsan Bomba Perak.
Anggota bomba menjalankan operasi untuk membuka pintu bagi mengeluarkan kanak-kanak yang terperangkap. Foto: Ihsan Bomba Perak.
A
A
A

IPOH - Seorang wanita berdepan detik cemas apabila anak lelakinya berusia dua tahun terperangkap dalam kereta yang terkunci di sebuah stesen minyak di Chemor, di sini pada Selasa.

Kejadian berlaku ketika wanita tersebut meninggalkan anaknya di dalam kereta jenis Perodua Bezza untuk ke kaunter pembayaran bagi mengisi minyak.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya, Rosdi Mohd Radzi berkata, sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 10 pagi.

"Anggota yang tiba kemudiannya menggunakan peralatan khas untuk membuka pintu.

"Kanak-kanak lelaki itu terperangkap kira-kira 10 minit dan dia berjaya dibawa keluar dalam keadaan selamat," katanya.

Katanya, kanak-kanak terbabit diserahkan kepada ibunya dan operasi tamat pada jam 10.28 pagi.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!