Syaqiera gagal mara

Syaqiera
Syaqiera
A
A
A

ATLET memanah negara, Syaqiera Mashayikh gagal meneruskan kemaraan Sukan Olimpik Tokyo 2020 apabila tewas 4-6 kepada atlet Rusia (ROC), Elena Osipova dalam acara recurve individu pada Selasa.

Syaqiera tewas 26-25, 26-28, 26-26, 25-25, 23-29 kepada Osipova yang juga atlet ranking keempat dunia pada ketika ini.

Syaqiera sebelum ini berjaya memperbaiki rekod peribadinya apabila mencatat 630 mata pada aksi penentuan ranking pada 23 Julai lalu.

Catatan berkenaan sekali gus turut dilihat mengatasi catatan bekas atlet memanah negara, Mon Redee Sut Txi yang mencatatkan 626 mata pada Olimpik Athens, 2004 lalu.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!