Warga emas jalani kuarantin mati dalam rumah

 Anggota bomba yang memakai peralatan perlindungan diri (PPE) membuka pintu rumah terbabit menggunakan kunci yang dibawa anak saudara mangsa.
Anggota bomba yang memakai peralatan perlindungan diri (PPE) membuka pintu rumah terbabit menggunakan kunci yang dibawa anak saudara mangsa.
A
A
A

TANGKAK - Seorang warga emas yang menjalani kuarantin kendiri ditemui meninggal dunia di rumahnya di Kampung Kenangan Tun Syed Nasir di sini pada Selasa.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar, Pegawai Bomba Kanan II, Fazli Mat Jinin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 11.48 pagi.

Katanya, seramai 13 anggota bomba dari BBP Muar bersama satu jentera FRT, Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan Unit Rapid Intervention Motorcycle (RIM) dikejarkan ke lokasi kejadian.

Anggota bomba berpakaian pelindung diri (PPE) membuka pintu rumah yang berkunci sebelum menemui mangsa dirumahnya di Kampung Kenangan Tun Syed Nasir Tangkak pada Selasa.
Anggota bomba berpakaian pelindung diri (PPE) membuka pintu rumah yang berkunci sebelum menemui mangsa dirumahnya di Kampung Kenangan Tun Syed Nasir Tangkak pada Selasa.

"Sebaik tiba di lokasi, bomba menemui seorang lelaki berusia 50 tahun tidak sedarkan diri di dalam rumah yang berkunci.

"Kejadian itu disedari oleh anak saudara mangsa yang menghantar makanan di rumah mangsa. Mangsa dipercayai tinggal seorang diri di rumah itu.

"Bagaimanapun, anak saudara mangsa mendapati bekalan makanan yang dihantar sebelum ini tidak diambil. Dia cuba melihat melalui tingkap rumah dan nampak mangsa terbaring tidak sedarkan diri," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Menurut Fazli, anggota bomba yang memakai peralatan perlindungan diri (PPE) membuka pintu rumah terbabit menggunakan kunci yang dibawa anak saudara mangsa.

Artikel Berkaitan:

"Mangsa disahkan meninggal dunia serta positif Covid-19 oleh pegawai perubatan Hospital Muar dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!