Hina Nabi: Lebih 1,500 berkumpul bantah, buat laporan

Perhimpunan berlansung lebih sejam sebelum peserta diminta bersurai kira-kira jam 10.20 malam.
Perhimpunan berlansung lebih sejam sebelum peserta diminta bersurai kira-kira jam 10.20 malam.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Bantahan berhubung isu penghinaan Nabi Muhammad SAW yang dihadiri 1,500 penyokong berlangsung dengan aman tanpa sebarang insiden mahupun provokasi setelah kawalan ketat polis dilaksanakan sepanjang lebih sejam perhimpunan.

Bermula pada jam 9 malam di pekarangan sebuah stesen minyak di Lagenda Heights, Sungai Petani sebelum perarakan kumpulan itu diteruskan ke hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda yang berjarak kira-kira 500 meter diselangi dengan ucapan selawat dan zikir beramai-ramai.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Sazalee Adam berkata, pihaknya mengambil langkah berjaga-jaga dengan menutup pintu pagar IPD seawal jam 8 malam atas faktor keselamatan.

Menurutnya, biarpun tidak menerima sebarang permit berhubung penganjuran perhimpunan, pihaknya masih bersikap toleransi dengan membenarkan mereka berhimpun bagi menyatakan sokongan terhadap isu terbabit.

“Mereka tak mohon lesen permit namun polis bertoleransi mengawal dengan baik. Sekiranya mereka tidak bersurai selepas diminta berbuat demikian, baharulah kita akan ambil tindakan.

Peserta berarak dari stesen minyak ke hadapan IPD Kuala Muda.
Peserta berarak dari stesen minyak ke hadapan IPD Kuala Muda.

“Namun Alhamdulillah, mereka akur dan kira-kira jam 10.30 malam, baharu kita benarkan mereka masuk membuat laporan polis selepas peserta perhimpunan bersurai, itupun selepas diberi kebenaran masuk ke IPD secara bergilir-gilir untuk membuat laporan polis,” katanya.

Sazalee mengesahkan menerima 13 laporan polis berhubung isu berkenaan sejak semalam.

Artikel Berkaitan:

Beliau bagaimanapun berharap mana-mana pihak memberikan kerjasama sebelum menganjurkan apa jua perhimpunan supaya mengikut prosedur dan peraturan ditetapkan termasuk membuat permohonan seperti ditetapkan dalam Akta Perhimpunan Aman 2012.

ARTIKEL BERKAITAN:

Individu hina Nabi ditahan

Suspek hina nabi dibebas dengan jaminan polis

Berhubung isu membebaskan individu yang dikaitkan dengan penghinaan Nabi Muhammad SAW, Sazalee turut memohon mana-mana pihak tidak memanipulasi keadaan yang boleh menimbulkan salah faham.

“Ini adalah salah faham dan dimanipulasi sesetengah pihak, sebenarnya proses perundangan itu betul, tempoh tahanan reman dan sebagainya itu adalah bidang kuasa mahkamah, mahkamah yang tentukan, kita sebagai anggota polis cuba melengkapkan kertas siasatan, kemudian kita akan rujuk ke timbalan pendakwa raya untuk dapatkan arahan pertuduhan.

Kesemua diminta bersurai sebelum pihak polis membenarkan wakil penyokong masuk membuat laporan secara bergilir-gilir atas faktor keselamatan.
Kesemua diminta bersurai sebelum pihak polis membenarkan wakil penyokong masuk membuat laporan secara bergilir-gilir atas faktor keselamatan.

“Dalam masa itu, jika proses itu kita tak dapat laksanakan, kita terpaksa memberi jaminan polis terlebih dahulu," jelasnya.

Beliau berkata, orang awam tidak boleh melanggar perintah mahkamah.

"Sebagai contoh, sekiranya mahkamah hanya membenarkan reman dijalankan selama tiga hari, jadi tiga hari sahajalah.

"Bukan dia dibebaskan terus, dia diberi jamin sementara menunggu siasatan itu lengkap untuk kita majukan kepada pihak pendakwaraya, tetapi mungkin ada sesetengah pihak yang memanipulasikan perkara ini,” jelasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!