Covid-19: Lebih 2,000 kematian di Indonesia
JAKARTA - Indonesia mencatatkan jumlah kematian harian tertinggi akibat Covid-19, selepas merekodkan 2,069 kematian pada Selasa.
Menurut data yang disiarkan Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia pada Selasa, jumlah kematian keseluruhan akibat virus itu kini meningkat kepada 86,835 orang.
Provinsi Jawa Tengah merekodkan jumlah kematian harian paling tinggi iaitu seramai 417 kematian, diikuti Jawa Timur (354), Jawa Barat (309), Jakarta (184) dan selebihnya di provinsi lain.
Kes baharu Covid-19 di Indonesia direkodkan sebanyak 45,203 menjadikan jumlah kes keseluruhan kini meningkat kepada 3,239,936 kes, dengan sebanyak 556,281 pesakit aktif (dirawat). - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!