[VIDEO] Berlatih di garaj rumah di Jasin, Diaz sumbang emas pertama untuk Filipina

Ahmad Janius Abdullah menunjukkan gambar pemenang emas Olimpik Tokyo Hidilyn Diaz atlet Filipina ketika ditemui di Teratak Muhammader di Kesang Tua di sini pada Selasa. - Foto Bernama
Ahmad Janius Abdullah menunjukkan gambar pemenang emas Olimpik Tokyo Hidilyn Diaz atlet Filipina ketika ditemui di Teratak Muhammader di Kesang Tua di sini pada Selasa. - Foto Bernama
A
A
A

JASIN - Kemenangan pingat emas atlet angkat berat wanita Filipina di Sukan Olimpik Tokyo 2020, Hidilyn Diaz yang hanya berlatih di garaj rumah di Kampung Kesang Tua membanggakan keluarga angkatnya.

Bapa angkat atlet itu yang juga Timbalan Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia, Ahmad Jailus Abdullah berkata, biarpun atlet berkenaan tidak menyumbangkan pingat untuk negara, namun ingatannya terhadap Jasin dalam ucapan selepas meraih kejayaan itu membuatkan dia terharu dan sebak.

Menurut beliau, Diaz dibawa ke Melaka sejak September tahun lalu selepas atlet terbabit tersadai di negara ini disebabkan pandemik Covid-19 dan mencari ruang latihan sebelum dibawa ke teratak berkenaan yang terletak di tepi jalan sejak 16 September tahun lalu.

Ahmad Jailus yang mengenali Diaz sejak 2011 ketika bersama-sama menyertai kejohanan angkat berat mengakui hubungan mereka sangat akrab. Ia dibuktikan dengan ucapan Diaz yang sedikit pun tidak melupakan keluarga angkatnya di Jasin.

Ujarnya Ahmad Jailus, dia langsung tidak berhasrat menumpang populariti wanita itu, sebaliknya begitu berbangga dengan pencapaian tersebut.

''Walaupun hanya berlatih di kawasan terbuka, namun Diaz mampu meraih kemenangan besar. Kuncinya adalah disiplin dan komitmen tinggi beliau pada setiap sesi latihan di Jasin.

Ahmad Janius Abdullah (kiri) memantau latihan atlet muda di Teratak Muhammader yang dijadikan pusat latihan angkat berat di Kesang Tua di sini pada Selasa. - Foto Bernama
Ahmad Janius Abdullah (kiri) memantau latihan atlet muda di Teratak Muhammader yang dijadikan pusat latihan angkat berat di Kesang Tua di sini pada Selasa. - Foto Bernama

"Saya yakin dia boleh meraih pingat emas pada temasya itu. Diaz sangat mementingkan kesempurnaan dan setiap hari tidak lekang mengungkap perkataan, 'Saya mahu menang emas Olimpik', dari awal pagi hingga tamat latihan," katanya ketika ditemui di Teratak Muhammad, Kesang Tua di sini pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

Diaz kata Ahmad Jailus, meluangkan masa sekitar tujuh jam setiap hari untuk sesi latihan. Bahkan, atlet berusia 30 tahun itu juga tidak kedekut berkongsi ilmu dengan pelapis atlet di Jasin yang turut membuat latihan di rumah tersebut.

Menurutnya, atlet yang masih menyambung pengajian dalam talian itu begitu menyukai suasana tenang kehidupan kampung, merehatkan minda di kolam ikan berdekatan dan berjoging di sekitar kampung berkenaan.

"Penduduk setempat begitu mengenalinya dan Diaz bukan saja tidak sombong bahkan mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran kampung.

"Jika ada yang dia kurang selesa seperti masalah getah di platform dia akan berterus terang dan saya akan segera memperbaikinya bagi memastikan dia dapat fokus pada latihan sehinggalah dia berangkat ke Tokyo.

"Saya mengharapkan kemenangan itu menjadi inspirasi kepada atlet lain termasuk atlet angkat berat, kita jangan hanya mengharapkan untuk layak ke kejohanan, tapi sasaran utama adalah untuk menang pingat," katanya.

Diaz gemar asam pedas, rendang

Mengulas lanjut, bekas atlet angkat berat tahun 1999 itu berkata, anak pemandu beca yang berkhidmat dengan Tentera Udara Filipina itu sangat menggemari masakan asam pedas dan rendang selain menyukai durian jenis IOI.

Ujarnya, atlet berpangkat mejar itu memberi keyakinan akan pulang ke Jasin dalam masa terdekat untuk berlatih pada kejohonan akan datang termasuk kejohanan dunia pada Disember depan dan sukan Asia pada tahun depan.

"Ini juga satu kebanggaan, malah pelbagai pihak termasuk rakyat Filipina juga tidak putus-putus memberikan ucapan terima kasih kerana membantu atlet mereka," katanya.

Atlet angkat berat Hidilyn Diaz melakar sejarah tersendiri apabila muncul atlet pertama Filipina memenangi pingat emas pada temasya Sukan Olimpik.

Diaz memenangi kategori 55 kilogram (kg) wanita pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 di Tokyo International Forum pada Isnin.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!