Peguam Negara peroleh kebenaran mula tindakan terhadap peguam

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan Peguam Negara untuk memulakan prosiding menghina mahkamah (contemp of court) terhadap seorang peguam kerana menyiarkan dan membuat komen berkaitan afidavit sokongan seorang hakim mahkamah rayuan.

Afidavit sokongan itu berkaitan pengakuan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer yang mendakwa terdapat salah laku di antara hakim-hakim dalam sistem perundangan Malaysia dan disiarkan oleh peguam K Arunachalam dalam sebuah laman web Aliran.com.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Datuk Seri Ramly Ali, sebulat suara membenarkan permohonan yang dikemukakan secara sebelah pihak (ex parte) oleh Peguam Negara selepas mendapati terdapat prima facie dalam permohonan itu yang menamakan peguam K. Arunachalam sebagai responden.

"Kami mendapati terdapat prima facie untuk memulakan tindakan (contemp) berdasarkan analisis terhadap hakim itu berdasarkan dua kenyataan Yang dibuat oleh responden pada 15 Februari 2019 dan 22 Februari 2019 di laman web Aliran.com,"katanya.

Sehubungan itu korum yang turut dianggotai Hakim Datuk Rohana Yusuf dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat itu menetapkan 13 Mac ini untuk prosiding pendengaran kes yang akan diadakan dihadiri kedua-dua pihak.

Peguam Kanan Persekutuan Datuk Amarjeet Singh, Alice Loke dan Suzana Atan mewakili Peguam Negara.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!