Habsah Hassan positif Covid-19

Habsah kini dirawat di sebuah hospital swasta di ibu negara selepas disahkan positif Covid-19. - Foto Astro Awani
Habsah kini dirawat di sebuah hospital swasta di ibu negara selepas disahkan positif Covid-19. - Foto Astro Awani
A
A
A

KUALA LUMPUR - Penulis lirik terkenal tanah air, Datuk Habsah Hassan kini dirawat di sebuah hospital swasta di ibu negara selepas disahkan positif Covid-19.

Habsah, 71, dikejarkan ke hospital semalam selepas mengalami kesukaran bernafas.

Menurut Habsah, ketika menjalani pemeriksaan kesihatan tahunan beberapa hari lalu, doktor mendapati ada sesuatu yang tidak kena pada paru-parunya.

“Susulan itu, saya alami batuk yang berpanjangan dan sakit mata. Selepas menjalani swab test, saya disahkan positif Covid-19.

“Memandangkan saya juga berasa sesak nafas, akhirnya saya buat keputusan untuk rujuk ke hospital bagi mendapatkan rawatan,” kata Habsah kepada Astro AWANI ketika dihubungi pada Rabu.

Habsah yang telah menulis lebih 1,000 lirik berkata, beliau juga diberi bantuan oksigen oleh doktor.

Selain Habsah, suami beliau, Mohamed Jusoh juga dijangkiti wabak yang sama, namun, menjalani kuarantin kendiri di rumah.

“Sudah ditakdirkan saya diuji dengan penyakit ini, walaupun sudah sekian lama saya tidak keluar rumah dan tidak bertemu orang.

Artikel Berkaitan:

“Saya redha ALLAH memberi saya ujian ini. Semoga sahabat-sahabat saya dapat mendoakan saya sekeluarga diberi kesembuhan,” kata Habsah yang sudah lengkap mendapatkan vaksinasi.- Sumber Awani

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!