Papuh hargai bantuan Arab Saudi

Gambar hiasan - Foto AFP
Gambar hiasan - Foto AFP
A
A
A

SHAH ALAM - Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (Papuh) menghargai titah diraja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdul Abdulaziz Al-Saud yang telah menitahkan King Salman Centre For Relief And Humanitarian Action (KSRelief) segera menyalurkan bantuan Covid-19 kepada Malaysia.

Presiden Papuh, Datuk Seri Razali Mohd Sham berkata, ia menunjukkan hubungan akrab antara kerajaan Arab Saudi dan kerajaan Malaysia.

“Raja Salman telah menitahkan untuk menyalurkan satu juta dos vaksin Covid-19 dan peralatan perubatan lain bagi membantu Malaysia menangani pandemik Covid-19.

“Sehingga kini lebih satu juta rakyat Malaysia didapati positif dan mengorbankan lebih 8,000 orang sejak tahun lalu.

“Hubungan akrab antara Menteri Kanan Luar Negeri (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Putera Mahkota Arab Saudi, Raja Salman begitu terserlah kerana tanpa hubungan yang baik, pastinya sukar untuk mendapatkan bantuan dan perkenan dari negara tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurut Razali, Papuh berasa lega dengan kenyataan yang diumumkan oleh kerajaan Arab Saudi atas pembukaan sempadan negara mereka bagi jemaah umrah antarabangsa yang bermula pada 1 Muharram 1443 H.

“Lebih mengembirakan Malaysia tidak termasuk dalam senarai sembilan negara yang dihalang untuk terus masuk ke Arab Saudi.

“Sumbangan peralatan perubatan dan juga vaksin Covid-19 dari Arab Saudi akan membantu mempercepatkan negara mencapai imuniti kelompok dan sekali gus pembukaan sempadan negara.

Artikel Berkaitan:

“Papuh yakin kerajaan Malaysia akan berusaha membuka semula pintu sempadan negara dalam masa terdekat bagi membolehkan pelancong asing masuk dan membolehkan rakyat Malaysia mengerjakan ibadah umrah tidak lama lagi,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!