Britain menang emas 4X200m gaya bebas berganti-ganti
TOKYO - Britain memenangi emas di Olimpik Tokyo dalam acara 4x200 meter gaya bebas berganti-ganti lelaki dengan catatan masa enam minit 58.58 saat pada Rabu, lapor Xinhua.
Sementara itu, skuad renang Rusia menduduki tempat kedua dengan catatan masa 7:01.81 saat dan gangsa milik pasukan Australia yang hanya ketinggalan 0.03 saat.
Amerika Syarikat (AS) yang menempa kemenangan berturut-turut dalam acara terbabit sejak Athens 2004, terpaksa berpuas hati di kedudukan keempat. -Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!