Kutipan Tabung Kemanusiaan Selangor Prihatin dilanjutkan

Amirudin Shari
Amirudin Shari
A
A
A

SHAH ALAM - Kutipan bagi mengisi Tabung Kemanusiaan Selangor Prihatin akan dilanjutkan sehingga Sabtu ini setelah berjaya mengumpul hampir RM800,000 setakat Selasa.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pelanjutan tempoh kutipan tabung tersebut bagi menambah peruntukan bantuan kepada rakyat Palestin.

“Alhamdulillah, Tabung Kemanusiaan Selangor Prihatin berjaya mengumpulkan RM780,589.42 setakat 27 Julai.

"Kutipan akan diteruskan sehingga 31 Julai bagi membantu dana bantuan berbentuk ambulans dan kenderaan pelbagai guna di Palestin.

“Semoga sumbangan dan bantuan ini diberi balasan yang baik olehNya,” kata Amirudin dalam kenyataan di laman Facebooknya pada Rabu.

Pada 19 Mei lalu, Tabung Kemanusiaan Selangor Prhatin dilancarkan kerajaan Selangor dengan menyasarkan kutipan berjumlah RM1 juta sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin yang terjejas berikutan pergolakan berlaku di negara berkenaan.

Dalam pada itu, orang ramai ingin menyumbang ke tabung berkenaan boleh dibuat melalui nombor akaun 8604747531 (Cimb Islamic Bank Berhad) atas nama Bendahari Negeri Selangor dan rujukan Palestin.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!