Angin kuat cabaran Nuraisyah dan Juni Karimah

Aksi Nuraisyah dan Juni Karimah pada acara International 470 Wanita di Enoshima Yacht Harbour pada Rabu. - Foto Facebook Olympic Council of Malaysia/Mohd Khairol Rizal-CSNSPORSTALK
Aksi Nuraisyah dan Juni Karimah pada acara International 470 Wanita di Enoshima Yacht Harbour pada Rabu. - Foto Facebook Olympic Council of Malaysia/Mohd Khairol Rizal-CSNSPORSTALK
A
A
A

GANDINGAN pelayar negara, Nuraisyah Jamil dan Juni Karimah Noor Jamali berada di tempat ke-19 keseluruhan daripada 21 pelayar dalam dua perlumbaan awal acara International 470 Wanita di Enoshima Yacht Harbour pada Rabu.

Tiupan angin kuat sekitar 16 hingga 20 knot memberi cabaran kepada kedua-dua mereka yang menyudahkan perlumbaan pertama di kedudukan ke-18 dan perlumbaan kedua di kedudukan ke-20.

Pelayar Poland, Agnieszka Skrzypulec dan Jolanta Ogar mendominasi kedua-dua perlumbaan itu, manakala kedudukan kedua bagi perlumbaan pertama milik pelayar Israel, Noya Bar Am dan Shahar Tibi.

Gandingan pelayar Perancis, Camille Lecointre dan Aloise Retornaz pula di kedudukan ketiga.

Sementara itu, untuk perlumbaan kedua menyaksikan Lecointre dan Retornaz bangkit untuk merampas kembali kedudukan kedua manakala pelayar Britain, Hannah Mills dan Eilidh McIntyre menamatkan perlumbaan di tangga ketiga.

Perlumbaan untuk acara tersebut berbaki lapan perlumbaan dengan pusingan ketiga dan keempat akan berlangsung pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!