PPV KLCC sesak: Pekerja asing dihantar tidak ikut janji temu

PPV KLCC dibanjiri ribuan warga asing.
PPV KLCC dibanjiri ribuan warga asing.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan kejadian ribuan warga asing membanjiri Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini pada Rabu seperti yang dipaparkan dalam klip video berdurasi 26 saat yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kejadian itu berlaku apabila sesetengah majikan menghantar pekerja mereka tidak mengikut janji temu.

“Ramai pekerja warga asing dari Kuala Lumpur, Selangor, dan Negeri Sembilan dihantar ke PPV KLCC.

“Mohon majikan tidak menghantar pekerja terlalu awal ke PPV yang ditetapkan bagi mengelakkan kesesakan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Sinar Harian pada Rabu melaporkan kejadian ribuan warga asing beratur sepanjang kira-kira lebih dari satu kilometer di hadapan PPV KLCC.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!