Proklamasi Darurat jadi akademik jika dibahas Isnin

Hassan Abdul Karim
Hassan Abdul Karim
A
A
A

KUALA LUMPUR – Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun didesak menggunakan budi bicara untuk membenarkan perbahasan dan pengundian bagi menentukan status Ordinan Darurat.

Ahli Parlimen (PH-Pasir Gudang), Hassan Abdul Karim menyuarakan desakan itu memandangkan hari ini (Khamis) merupakan hari terakhir untuk persidangan minggu pertama sedangkan pada Isnin Proklamasi Darurat bakal tamat serta menjadi akademik.

"Proklamasi Darurat tidak akan disambung maknanya tamat pada 1 Ogos ini. Jadi, saya ingin membantu dewan dan kerajaan jika kedua-dua pihak bersetuju bahawa Proklamasi Darurat hendak dibatalkan (revoke) atau anulmen. Ada baiknya prosedur pembatalan Proklamasi Darurat dan ordinan-ordinan dibuat mengikut proses perlembagaan dan undang-undang yang betul secara tertib.

"Saya mohon sedikit masa supaya dewan ini membincangkannya. Tamatkan dan batalkan kemudian kemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenan," katanya dalam Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14, pada Khamis.

Sementara itu, Azhar Azizan dalam reaksi balas terhadap permintaan Hassan, memaklumkan bahawa darurat dibatalkan oleh kabinet walaupun belum dibawa ke Parlimen.

"Kita akan bincang Isnin ini. (Tukar hari bahas) bukan bidang kuasa saya.Saya tidak tetapkan agenda," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!