Sidang Dewan Rakyat perlu dipendekkan: KP Kesihatan

Noor Hisham Abdullah
Noor Hisham Abdullah
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencadangkan tempoh persidangan Dewan Rakyat bagi Sidang Mesyuarat Khas Parlimen dipendekkan susulan situasi semasa Covid-19 dalam negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kehadiran secara fizikal perlu dikurangkan.

"Perkara ini telah dicadangkan pada Isnin lalu semasa Mesyuarat Penyelarasan Bagi Urusan Berkaitan Mesyuarat Khas Bagi Dewan Rakyat berikutan Penularan Wabak Covid-19," katanya.

Menurutnya, sebanyak 56 kes positif Covid-19 dikesan dalam saringan bermula dari 21 hingga 25 Julai lalu membabitkan 2,093 individu yang menghadiri dan terlibat dalam persidangan itu.

"Kes positif melibatkan dua ahli Parlimen, enam pegawai pengiring, 48 pegawai kerajaan. Ia menjadikan kadar positif adalah 2.7 peratus.

"Individu disahkan positif tidak dibenarkan hadir ke sidang Parlimen dan mereka diasingkan, dirawat dan diberi

Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) termasuk kepada kontak rapat kes positif tersebut sebelum bermulanya Sidang Mesyuarat Khas Parlimen," katanya.

Menurut Dr Noor Hisham lagi, pihaknya mengesan empat kontak rapat yang turut disahkan positif.

Artikel Berkaitan:

"Keempat-empat kontak rapat ini tidak hadir sejak hari pertama persidangan berlangsung dan sedang dalam tindakan susulan oleh pihak kesihatan. KKM akan terus memantau perkembangan situasi di Parlimen.

"Pasukan kesihatan dari Jabatan Kesihatan Kuala Lumpur dan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) telah ditempatkan di bangunan Parlimen untuk menyelaras saringan demam dan gejala ke atas semua yang memasuki bangunan Parlimen," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!