Pembangkang gesa usul Proklamasi Darurat dibentang

Ngeh Koo Ham
Ngeh Koo Ham
A
A
A

KUALA LUMPUR - Wakil pembangkang mendesak sidang khas Dewan Rakyat membenarkan pembentangan usul Proklamasi Darurat dan Ordinan Darurat agar ia dapat dibahas seterusnya diputuskan sama ada ia ditamatkan atau sebaliknya.

Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham berkata, ia susulan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bahawa Ordinan Darurat yang diumumkan dibatalkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan adalah tidak benar dan masih berkuatkuasa.

"Seri Paduka Baginda menegaskan bahawa kenyataan Takiyuddin itu tidak tepat dan telah mengelirukan ahli Dewan Rakyat.

"Oleh yang demikian, saya pagi tadi meminta Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun supaya pembentangan usul saya tentang darurat disegerakan," kataya menerusi sidang akhbar pada sidang khas Parlimen pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Agong dukacita kenyataan pembatalan Ordinan Darurat tanpa perkenan

Mengulas lanjut, Koo Ham memberitahu, malangnya Azhar memberitahu bahawa keputusan mengenainya akan dibuat kemudian nanti tanpa memberi keputusan yang jelas.

"Memandangkan Tuanku sudah bertitah, jadi saya harap usul saya disegerakan.

"Saya telah usulkan isu pengisytiharan darurat dan tiga Ordinan Darurat ini pada hari pertama persidangan khas ini lagi, malangnya sehingga hari keempat sidang Parlimen, ia masih tidak dilaksanakan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Yang di-Pertuan Agong pada Khamis menzahirkan rasa dukacita dengan kenyataan yang telah dibuat di Parlimen pada Isnin bahawa kerajaan telah membatalkan semua Ordinan Darurat walhal perkara itu belum lagi diperkenankan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!