Annuar kecewa gelandangan tidak dihormati

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa meluahkan rasa kecewa apabila terdapat sebilangan pihak tidak menghormati golongan Hijrah Worrior atau gelandangan warga kota.

Menerusi ciapan di laman Twitter pada awal pagi Khamis, Annuar berkata, golongan berkenaan perlu diberi layanan sebaiknya oleh pihak profesional dan mereka yang benar-benar berkelayakan.

"Jika nak menyantuni Hijrah Worriors, biarlah profesional dan benar-benar berkelayakan.

"Tolong layan mereka dengan penuh hormat, saya berdukacita melihat sikap sesetengah daripada kita," ciapnya.

Annuar mengemas kini ciapan itu selepas penularan satu klip video berdurasi 50 saat pada Rabu memaparkan seorang 'influencer' yang didakwa meninggikan suara kepada gelandangan warga emas di Pusat Transit Gelandangan di sini.

Penularan video itu mendapat reaksi banyak pihak malah ia turut menimbulkan kemarahan orang ramai dan netizen.

Berdasarkan video itu, lelaki tersebut didakwa mempersoalkan seorang warga emas yang disifatkan netizen sebagai biadab dan menjatuhkan air muka pihak terbabit.

Annuar menerusi Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) sebelum ini sememangnya amat prihatin terhadap nasib gelandangan warga kota khususnya sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan 18 Mac tahun lalu.

Artikel Berkaitan:

Malah, beliau turut menamakan semula gelandangan di Kuala Lumpur sebagai Hijrah Worriors bagi memberi suntikan semangat buat golongan berkenaan yang berazam menjalani kehidupan yang lebih baik.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!