Perancah besi struktur binaan runtuh, seorang mangsa tertimbus

Anggota JBPM sedang berusaha mengeluarkan mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan tersebut dalam kejadian pada jam 2.41 petang Khamis.
Anggota JBPM sedang berusaha mengeluarkan mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan tersebut dalam kejadian pada jam 2.41 petang Khamis.
A
A
A

KLANG - [DIKEMAS KINI] Seorang lelaki warga Bangladesh tertimbus manakala empat lagi mengalami cedera ringan dalam satu kejadian runtuhan perancah besi struktur binaan laluan LRT3 berhampiran sebuah hotel di Jalan Langat, Bandar Bukit Tinggi di sini pada Khamis.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.41 petang dan sepasukan anggota digegaskan ke lokasi bagi melakukan tugas menyelamat.

"Buat masa ini, usaha masih sedang dijalankan bagi mengeluarkan mangsa yang tertimbus itu," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!