Lebih 110 ahli Parlimen sokong PN, kata Ismail Sabri

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (kanan) dan Ismail Sabri Yaakob (tengah). -Foto Bernama
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (kanan) dan Ismail Sabri Yaakob (tengah). -Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin masih mendapat sokongan melebihi 110 ahli Parlimen.

Menerusi kenyataannya, Ismail Sabri yang juga Ketua Whip Kerajaan memaklumkan, situasi semasa politik negara dalam keadaan tidak stabil boleh menjejaskan usaha kerajaan menyelesaikan masalah ekonomi dan memerangi pandemik Covid-19.

"Saya menjunjung akan titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh Istana Negara pada hari ini," katanya pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Agong dukacita kenyataan pembatalan Ordinan Darurat tanpa perkenan

Justeru, rakyat diharap bertenang di dalam menghadapi situasi terkini.

"Sama-sama kita berdoa agar kemelut politik ini berakhir dengan segera," katanya.

Bahang politik negara meledak pada Khamis selepas Seri Paduka Baginda menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan kerajaan berhubung pembatalan Ordinan Darurat di Parlimen, sedangkan perkara itu belum mendapat perkenan Baginda.

Ia sekaligus mengundang pembangkang mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin selain menggesa Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun meletakkan jawatan segera.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!