Perancah runtuh: Seorang maut, 2 cedera

Bomba menjalankan usaha menyelamat mangsa yang terperangkap.
Bomba menjalankan usaha menyelamat mangsa yang terperangkap.
A
A
A

KLANG - Seorang buruh warga asing maut manakala dua cedera dalam insiden runtuhan perancah besi struktur binaan laluan Projek Transit Aliran Ringan (LRT) 3 yang berlaku di Jalan Langat, Bandar Bukit Tinggi sekitar jam 2 petang pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, sewaktu kejadian lima buruh warga asing terbabit sedang menjalankan kerja-kerja menuang konkrit di atas struktur binaan tersebut.

"Akibat runtuhan berkenaan, empat orang mangsa terjatuh menyebabkan dua tersepit di bawah manakala seorang terperangkap di atas struktur tersebut.

"Dua orang mangsa yang tersepit cedera di muka manakala mangsa yang terperangkap di atas meninggal dunia di tempat kejadian," katanya kepada pemberita pada Khamis

Menurut Shamsul, ketiga-tiga mangsa yang terperangkap dikeluarkan oleh pihak bomba sekitar jam 4.30 petang dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk rawatan lanjut.

Menurutnya, siasatan akan dijalankan oleh pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (DOSH) dan kematian diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

"Kita beri laluan kepada pihak DOSH untuk menjalankan siasatan dan sekiranya didapati ada kecuaian jenayah, polis akan ambil alih siasatan,” kata beliau.

ARTIKEL BERKAITAN Perancah besi struktur binaan runtuh, seorang mangsa tertimbus

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!