Kanun Amanah gesa Muhyiddin, Azhar dan Idrus letak jawatan
SHAH ALAM - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun dan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun perlu meletak jawatan kerana didakwa gagal mematuhi perintah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Ahli Jawatankuasa Biro Undang-Undang (Kanun) Parti Amanah Negara (Amanah), Wan Anwar Wan Ibrahim berkata, gesaan bagi peletakan jawatan itu dibuat selepas Muhyiddin ternyata gagal sepenuhnya di bawah prinsip tanggungjawab bersama (collective responsibility) khususnya membabitkan isu pembatalan semua Ordinan Darurat.
Wan Anwar berkata, tindakan yang dilakukan kerajaan secara jelas bertentangan dengan Perlembagaan dan membelakangi Yang Dipertuan Agong," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!