Covid-19: Beijing lapor kes baharu babitkan penularan tempatan

Foto 123RF
Foto 123RF
A
A
A

BEIJING - Beijing pada Rabu melaporkan dua kes Covid-19 melibatkan jangkitan tempatan, lapor Xinhua memetik pihak berkuasa tempatan.

Sepasang suami isteri didapati positif Covid-19 selepas melawat Zhangjiajie, di wilayah Hunan, kata suruhanjaya kesihatan perbandaran Beijing.

Pasangan itu dilaporkan telah menggunakan perkhidmatan kereta api bawah tanah sebaik tiba di Beijing pada Ahad.

Pihak berkuasa sudah mengesan 654 kontak rapat kepada dua kes terbabit yang kini diletakkan dalam pemerhatian perubatan.

Sementara itu, lebih 38,000 penduduk di daerah Changping telah menjalani ujian saringan dan lebih 8,400 sampel didapati negatif manakala selebihnya masih menunggu keputusan, menurut timbalan ketua daerah, Tong Lizhi.

Beliau berkata, sembilan kawasan perumahan di Changping yang didiami kira-kira 41,000 orang kini diletakkan di bawah pengawasan ketat. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!