EAIC junjung titah Sultan Selangor perangi rasuah

Sultan Sharafuddin
Sultan Sharafuddin
A
A
A

SHAH ALAM - Peringatan titah Sultan Selangor berhubung isu rasuah akan dijunjung sepenuhnya untuk dilaksanakan agar masyarakat di negeri ini secara umumnya bebas daripada gejala amalan buruk tersebut.

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) menjunjung kasih atas titah Sultan Sharafuddin Idris Shah yang dizahirkan pada Rabu.

Kebimbangan baginda terhadap aktiviti rasuah atau pecah amanah yang berlaku adalah sangat membimbangkan kerana boleh meruntuhkan imej pentadbiran dan nama baik pegawai kerajaan di negeri Selangor.

Sehubungan itu, EAIC menyanjung tinggi pendirian dan ketegasan Sultan Sharafuddin dalam memastikan aktiviti rasuah atau pecah amanah di negeri Selangor dapat dibanteras sepenuhnya.

"EAIC adalah agensi bertanggungjawab mengawal selia pematuhan integriti pegawai penguat kuasa dan agensi penguatkuasaan di bawah Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 (Akta 700).

"Untuk itu, EAIC dengan penuh iltizam akan meningkatkan usaha memperkasakan budaya berintegriti dalam kalangan pegawai penguat kuasa dan agensi penguatkuasaan di bawah seliaan EAIC di negeri Selangor dan seluruh negara amnya selaras dengan titah Tuanku," kata EAIC dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!