Perenang Afrika Selatan pecah rekod dunia 200m kuak dada wanita
TATJANA Schoenmaker dari Afrika Selatan menjuarai acara 200 meter (m) kuak dada wanita di Sukan Olimpik Tokyo pada Jumaat sekali gus memecahkan rekod dunia, lapor Xinhua.
Dengan catatan masa dua minit 18.95 saat, beliau menewaskan atlet harapan Amerika Syarikat, Lily King dan Annie Lazor, dan memadam rekod dunia sebelum ini 2:19.11.
Ini adalah emas Olimpik pertama buat perenang berusia 24 tahun itu, selepas memenangi pingat perak dalam acara 100m kuak dada pada Selasa.
Sementara itu, Lily pemenang emas Olimpik dua kali acara itu, meraih perak dengan catatan masa 2:19.92 dan rakannya, Lazor, memperoleh gangsa. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!