Mayat lelaki ditemui reput dalam longkang

Mayat berkenaan ditemui di dalam longkang dalam keadaan berbau. Gambar kecil: Zainuddin
Mayat berkenaan ditemui di dalam longkang dalam keadaan berbau. Gambar kecil: Zainuddin
A
A
A

TANAH MERAH - Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan reput dalam sebuah longkang di tepi jalan di Kampung Air Asahan, Batu Gajah, di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Zainuddin Md Yusuf berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai penemuan mayat berkenaan pada jam 11.45 pagi dan bergegas ke lokasi kejadian.

"Mayat lelaki itu dijumpai dalam longkang berkenaan dengan keadaan mereput dan tidak dapat dikenal pasti identitinya.

"Mayat berkenaan di hantar ke Hospital Tanah Merah untuk pemeriksaan lanjut dan bedah siasat. Buat masa sekarang ini kami belum menemui sebarang dokumen pengenalan diri pada mayat berkenaan," katanya kepada Sinar Harian di sini.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai laporan orang hilang, Zainuddin berkata, sehingga kini hanya satu laporan di terima pihaknya iaitu dari Pasir Mas.

Bagaimanapun katanya, tiada sebarang bukti kukuh mengatakan mayat berkenaan adalah orang yang dicari dan pengesahan mengenai perkara itu akan diketahui selepas bedah siasat dijalankan.

"Buat masa ini kita klasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut dan sebarang perubahan selepas ini adalah berdasarkan maklumat hasil bedah siasat,"katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!