Harapan emas badminton berakhir
Aaron-Wooi Yik bermula baik pada set pertama apabila dilihat saling berkejaran mata dengan beregu nombor tiga dunia itu, namun tewas dalam tempoh 23 minit.
Saingan pada set kedua menyaksikan penguasaan beregu China itu yang dilihat mendominasi permainan untuk mudah melakar kemenangan dalam tempoh 15 minit.
Dengan kekalahan itu, Aaron-Wooi Yik akan sekali lagi beraksi menentang beregu handalan Indonesia, Hendra Setiawan-Mohamad Ahsan dalam aksi penentuan penentuan pingat gangsa.
Dalam saingan peringkat kumpulan sebelum ini, beregu muda negara itu tewas 16-21, 19-21.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!