THUMBNAIL WEB
Pingat Selangor ditarik balik jika terlibat rasuah
30 Julai 2021 | Kapsul Rasuah Busters
A
A
A
Di saat negara dilanda pandemik Covid-19, masih ada pihak yang sanggup membuat perbuatan khianat dengan menjual beli vaksin.
Tular beberapa video di media sosial menunjukkan penerima vaksin menerima jarum suntikan kosong dan petugas PPV menyuntik jarum tanpa menekan bahagian atas picagari.
Ada di antara mereka ini menjual vaksin bermula dari RM200 sehingga RM800 dan kegiatan tidak bermoral ini dikesan di beberapa Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di sekitar Lembah Klang.
Ikuti kupasan kru Rasuah Busters mengenai kegiatan yang merugikan negara dan mempertaruh keselamatan masyarakat Malaysia sejagat.
#SinarHarian #RasuahBusters #MakKataJangan #SinarUntukMalaysia #NilaiMoralKarakterBangsa