Okagbare positif doping
PELARI pecut sensasi Nigeria, Blessing Okagbare dilarang mengambil bahagian di pentas Sukan Olimpik setelah gagal ujian dadah, kes doping pertama di arena trek dan balapan Tokyo 2020, kata pegawai pada Sabtu.
Unit Integriti Olahraga (AIU) dalam satu kenyataan menyatakan Okagbare, yang mara separuh akhir setelah memenangi acara saringan 100 meter wanita pada Jumaat, didapati positif bahan terlarang hormon peningkatan manusia.
Ujian tersebut dilakukan pada 19 Julai lalu, kata AIU dan atlet berusia 32 tahun itu telah pun dimaklumkan mengenai keputusan berkenaan pada awal Sabtu.
Okagbare yang merupakan bekas pemenang pingat emas Sukan Komanwel Glasgow 2014 sebelum ini memenangi acara saringan dengan catatan 11.05 saat pada Jumaat.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!