Beri penjelasan halal haram vaksin

Alias
Alias
A
A
A

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri bekerjasama bersama Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu dalam memupuk kesedaran ibu bapa terhadap kepentingan suntikan imunisasi terhadap bayi dan kanak-kanak.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, banyak program dirangka bagi menjayakan aktiviti penerangan dan penjelasan berkaitan status halal haram pengambilan vaksin.

Selain itu, katanya, pihaknya juga mengenal pasti lokaliti berisiko dengan imuniti kelompok yang rendah dalam kalangan kanak-kanak berusia bawah tujuh tahun.

“Kita mengenal pasi lokaliti berisiko seperti di kampung atau taman, madrasah atau sekolah pondok, rumah jagaan kanak-kanak, taska atau tadika, penempatan orang asli dan warga asing sama ada pendatang tanpa izin (Pati) atau pendatang asing dengan izin (Padi).

“Kesemua yang berada dalam kelompok ini akan didekati bagi memberikan penerangan mengenai kepentingan untuk menyuntik imunisasi kepada anak-anak mereka,” katanya.

Alias berkata, sesi kaunseling kepada keluarga yang enggan menerima vaksin turut dilakukan dalam usaha memberi pengetahuan berkenaan kepentingan suntikan itu selain sesi ceramah dan penerangan mengenai status halal dan haram penggunaan vaksin.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!