Pakistan tembak jatuh dua jet India

Bangkai pesawat jet India yang ditembak jatuh dalam sempadan India di Kashmir
Bangkai pesawat jet India yang ditembak jatuh dalam sempadan India di Kashmir
A
A
A

ISLAMABAD - PAKISTAN. Tentera Pakistan menembak jatuh dua jet pejuang India hari ini, kata jurucakap tentera Pakistan.

Serangan berlaku sehari selepas pesawat pejuang India menyeberangi ruang udara Pakistan di garisan gencatan senjata di Kashmir dan menggugurkan muatan, selepas ketegangan tercetus antara jiran bersenjata nuklear itu berhubung rantau yang dipertikaikan.

“PAF menembak jatuh dua pesawat India dalam ruang udara Pakistan,” kata jurucakap tentera, Mejar Jeneral Asif Ghafoor di Twitter.

Sebuah pesawat jatuh dalam sempadan India di Kashmir, sementara sebuah lagi jatuh dalam sempadan Pakistan dan juruterbangnya sudah ditahan, tambahnya.

Jurucakap kementerian pertahanan India belum dapat dihubungi untuk memberikan maklum balas.

Pegawai polis di wilayah Kashmir yang dikuasai India berkata dua juruterbang India dan seorang orang awam terbunuh selepas sebuah pesawat tentera udaranya terhempas di Kashmir, tetapi tidak mengesahkan sama ada pesawat itu ditembak jatuh oleh tentera Pakistan. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!