Oktovia nafi, Bella kata ada bukti
PELAKON baru, Oktovia Manrose menafikan mempunyai hubungan istimewa dengan penyanyi dan juga pelakon, Aliff Aziz seperti didakwa Bella Astillah.
Menurut Oktovia menerusi Insta Stories miliknya, dia juga tidak mabuk seperti didakwa individu yang mendedahkan hal mereka.
"Apa bukti yang mengatakan saya mabuk? Mulut manusia memang busuk, tak pernah nak kalah, satu cawan air langsung tak pegang.
"Padahal orang yang sibuk jaga tepi kain orang ni lah yang dah mabuk tapi sibuk dan sibuk mengata pasal orang.
"Satu lagi, kami bukan berdua sahaja tapi ada teman lain untuk mengelakkan difitnah. Saya tak suka orang tambah-tambah cerita macam ini. Jaga sikit muka.
"Aliff dan saya keluar sebagai kawan dan tidak ada apa-apa di antara kami. Tolong bagi bukti pada saya yang mengatakan saya mabuk.
"Kepada Bella Astillah, saya tak suka awak kecoh tunjuk orang yang saya mabuk teruk tanpa bukti, tolong jaga air muka ayah saya. Yang lain saya tak peduli," jelasnya panjang lebar.
Bagaimanapun, Bella turut mempertahankan tindakannya dan memberitahu dia mempunyai bukti yang cukup untuk mendedahkan kecurangan suaminya bersama Oktovia.
Malah Bella juga memberitahu mempunyai tiga video sebagai bukti.
"Sebagai kawan? Aduhh. Dah terang lagi bersuluh. Dah-dahlah tu jaga je Aliff dengan anak awak.
"Keluar sebagai kawan pukul 3 pagi? You tahu itu suami orang? You tahu kat rumah dia ada anak bini dah seminggu tak balik rumah?
"Boleh pula you dengan tak ada rasa bersalah keluar pergi club? Serious lah? Orang DM tu tak mabuk pun.
"I tak bodoh nak keluarkan statement. I ada bukti yang terlebih cukup. I ada video. Ada 3 video," tulisnya menerusi gambar paparan skrin penjelasan Oktovia.
Oktovia yang tidak berdiam diri pada mulanya turut membalas semula di Insta Stories dan meminta individu yang didakwa memfitnahnya muncul bagi memberi penjelasan.
Bukan itu sahaja, Oktovia turut mendedahkan sikap Bella yang didakwa melayan buruk suaminya sendiri.
"Hey muncullah perempuan yang kecoh pasal benda ini please, macam bodoh aku layan kau dalam club tapi kau fake!!!
"Aku tak mabuklah weh!!! Kesian kau kan assume dah buat cerita sendiri tapi bukti tiada. Kalau aku mabuk bagi video itu sekarang.
"Kepada Bella, jangan fikir cetek sangat dan aibkan orang, cukuplah dari dulu aibkan suami.
"Sayang suami tapi buat macam ni. Apa nasib si suami yang cuba untuk berubah tapi tetap dipersalahkan dengan benda yang tak betul dan siap pack baju suami dan halau suami, apa jenis isterilah ni.
"Tolong kongsi dengan saya video itu sekarang," tulisnya.
Bagaimanapun tidak lama kemudian, Oktovia bertindak memadamkan kedua-dua status itu dari Insta Stories miliknya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!