Macron hipokrit sebenar, kebebasan bersuara konon

Salah satu papan iklan yang mengundang kemarahan Macron kerana beliau digambarkan sebagai pemimpin Nazi, Adolf Hitler. - Agensi
Salah satu papan iklan yang mengundang kemarahan Macron kerana beliau digambarkan sebagai pemimpin Nazi, Adolf Hitler. - Agensi
A
A
A

PARIS - Presiden Perancis, Emmanuel Macron dilabel sebagai 'bapa segala hipokrit' kerana marah dan mengambil tindakan undang-undang ke atas pemilik syarikat pengiklanan yang menggambarkan beliau sebagai pemimpin Nazi, Adolf Hitler.

Tahun lalu, Macron mempertahankan tindakan majalah satira Charlie Hebdo menyiarkan karikatur didakwa Nabi Muhammad SAW atas alasan kebebasan bersuara.

Macron turut mengeluarkan kenyataan provokatif dan menegaskan rakyat berhak kepada kebebasan bersuara, biarpun ia perit untuk ditelan.

Ironinya, tindakan Macron menyaman Michle-Ange Flori, pemilik syarikat pengiklanan jalanan di Paris bercanggah dengan apa yang diperjuangkannya sebelum ini.

Laporan terbaharu di Perancis menyatakan, peguam peribadi Macron telah memfailkan saman terhadap Flori.

Sementara itu, parti pemerintah Republic on the Move (LREM) pimpinan Macron menyifatkan paparan pada papan iklan itu sebagai penghinaan awam.

Lapor media tempatan, Flori memasang papan iklan itu sebagai respons kepada rang undang-undang ketat yang diluluskan Parlimen pada bulan ini bertujuan mengekang penularan Covid-19.

Bagaimanapun, pengkritik menyifatkan peraturan itu sebagai mengongkong kebebasan sivil dan menuduh Macron bertindak seperti diktator.

Artikel Berkaitan:

"Macron berpihak kepada Charlie Hebdo (kes hina agama dan nabi) kononnya atas alasan kebebasan bersuara tetapi apabila beliau digambarkan sebagai diktator, senario berubah 360 darjah.

"Ia tiba-tiba sahaja menjadi perbuatan yang menyinggung perasaan dan kemudian tidak boleh diterima," ujar Flori. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!