Pastikan semua pesakit selain Covid-19 dapat akses sama rata

Dr Shaari (kiri) mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan Covid-19 Peringkat Negeri Selangor pada Sabtu.
Dr Shaari (kiri) mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan Covid-19 Peringkat Negeri Selangor pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Selangor mengambil langkah proaktif untuk meningkatkan kesiapsiagaan bagi memastikan semua kategori pesakit selain Covid-19 mendapat akses kesihatan dan rawatan sama rata di hospital negeri itu termasuk Kuala Lumpur.

JKN Selangor dalam kenyataannya memaklumkan, langkah itu diambil hasil perbincangan dalam Mesyuarat Pengurusan Covid-19 Peringkat Negeri Selangor yang dipengerusikan oleh Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr Shaari Ngadiman pada Sabtu.

"Mesyuarat itu diadakan bagi menyusuli strategi 'surge capacity' pesakit Covid-19 kategori tiga dan ke atas di hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di negeri itu dengan mengambil kira situasi semasa Covid-19.

"Antara isu utama dibincangkan adalah analisa situasi terkini dan pelaksanaan strategi meningkatkan kapasiti hospital di Selangor dan Kuala Lumpur melalui pengoptimuman aset-aset perubatan antara fasiliti kesihatan dan keperluan perolehan aset tambahan," kata jabatan itu dalam kenyataan pada Sabtu.

Mesyuarat Pengurusan Covid-19 Peringkat Negeri Selangor itu turut disertai Pengarah Hospital Kuala Lumpur, Dr Rohana Johan.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan dan Pengurusan), Pengarah-pengarah Hospital di bawah JKN Selangor dan Ketua Perkhidmatan Klinikal Negeri (Perubatan, Penyakit Berjangkit, Kecemasan & Trauma, Pembedahan, O&G dan Anestesia).

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!