4.28 juta dos vaksin sudah diberi kepada rakyat Selangor

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Sejumlah 4.28 juta dos vaksin sudah diberikan kepada rakyat Selangor setakat Sabtu.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sebanyak 176,837 dos vaksin diberikan kepada penduduk di negeri tersebut menerusi Program Vaksin Selangor (Selvax).

"Sebanyak 24.7 peratus bersamaan 1.17 juta individu pula lengkap dua dos vaksin di Selangor," katanya dalam hantaran di Facebooknya pada Sabtu.

Dalam pada itu, Amirudin berkongsi infografik di Facebook yang menunjukkan seramai 2.66 juta atau 56.1 peratus rakyat di Selangor menerima vaksin dos pertama di Selangor.

Sebelum ini, kerajaan Selangor melancarkan Selvax sebagai usaha mempercepatkan proses vaksinasi rakyat dengan mengenal pasti kumpulan sasaran iaitu Selvax Komuniti dan memelihara pekerja (Selvax Industri).

Selvax Komuniti akan memberi manfaat kepada 250,000 warga Selangor yang belum divaksin manakala Selvax Industri merupakan program berbayar yang terbuka kepada syarikat secara sukarela dengan sasaran satu juta pekerja.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!