Penjualan Hotel Royale Chulan belum dimuktamadkan

Hotel Royale Chulan
Hotel Royale Chulan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Penjualan Hotel Royale Chulan Bukit Bintang yang dimiliki syarikat milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings Berhad, masih belum dimuktamadkan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Pejabat Menteri Pertahanan berkata, perkara itu masih dalam penilaian memandangkan kedudukan hotel yang terletak di lokasi strategik kawasan pelancongan utama dan zon perhotelan pusat bandar ibu negara.

“Pejabat Menteri Pertahanan ingin menjelaskan bahawa proses penjualan Hotel Royale Chulan Bukit Bintang ini masih belum dimuktamadkan,” demikian menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu juga menegaskan tawaran daripada pembeli yang berminat sedang ditimbang dan keutamaan adalah kepada syarikat tempatan.

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai respons kepada laporan media yang menyebut hotel tersebut dijual pada harga RM197 juta selepas menerima tawaran daripada firma Singapura, Hotel Royal Ltd. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!