Bencic hadiahkan emas buat Switzerland dari gelanggang tenis
PEMAIN nombor 12 dunia, Belinda Bencic menghela nafas lega apabila pertarungan selama dua jam 30 minit akhirnya berbaloi apabila meraih pingat emas Olimpik pertama Switzerland.
Pada perlawanan akhir acara tenis perseorangan wanita, Bencic melakar kemenangan 7-5, 2-6, 6-3 ke atas pemain Republik Czech, Marketa Vondrousova 7-5 2-6 6-3.
Pada set pertama pemain berusia 24 tahun itu bermula tenang, namun lawannya yang baru berusia 22 tahun berstatus ranking 42 dunia tampil agresif sebelum Bencic bangkit untuk menang perlawanan.
Untuk rekod, Bencic bersama Viktorija Golubic selepas ini bakal berentap menentang Barbora Krejcikova dan Katerina Siniakova dari Republik Czech pada perlawanan akhir acara beregu pada Ahad.
Sekiranya, Bencic berjaya mencipta keputusan positif di gelanggang tenis hari ini, dia akan menjadi bintang tenis keempat memenangi pingat emas perseorangan dan beregu dalam satu Sukan Olimpik selepas Serena, Venus Williams (Amerika Syarikat) dan Nicolas Massu (Chile) sebelum ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!