Kertas siasatan helikopter nasi ganja diserah untuk pendakwaan

Tangkap layar berita mengenai penangan nasi ganja, guna helikopter.
Tangkap layar berita mengenai penangan nasi ganja, guna helikopter.
A
A
A

IPOH - Kertas siasatan mengenai sebuah helikopter yang mendarat di Padang Ipoh untuk mengambil bungkusan 'Nasi Ganja' pada 23 Julai lalu telah diserahkan kepada Pengarah Pendakwaan Perak pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya telah selesai menyiasat dan melengkapkan kertas siasatan tersebut.

Menurutnya, seramai lima orang saksi dipanggil bagi membantu siasatan termasuklah pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan pemilik perniagaan nasi kandar berkenaan.

"Kita sudah serahkan (kertas siasatan) kepada Pengarah Pendakwaan Perak pada Jumaat lalu dan saya difahamkan Jabatan Peguam Negara juga akan dirujuk.

Mior Faridalathrash melekatkan Jalur Gemilang magnet di atas sebuah kereta pada Program Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Perak di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Stadium Indera Mulia pada Ahad.
Mior Faridalathrash melekatkan Jalur Gemilang magnet di atas sebuah kereta pada Program Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Perak di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Stadium Indera Mulia pada Ahad.

"Siasatan kita dah selesaikan. Lima orang saksi kita telah panggil sebelum ini untuk membantu siasatan termasuk pemilik nasi kandar tersebut. Kita tunggu arahan Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya," katanya kepada pemberita selepas ditemui pada Program Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Perak di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Stadium Indera Mulia, di sini pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Penangan nasi ganja, ambil pesanan guna helikopter

Polis siasat helikopter rentas negeri ambil pesanan nasi ganja

Pada 23 Julai lalu, helikopter dikendalikan Systematic Aviation Services Sdn Bhd (SAS) itu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pada jam 9.08 pagi dan dikesan mendarat di Padang Ipoh pada jam antara 9.55 hingga 10.15 pagi untuk mengambil pesanan 36 bungkus nasi ganja yang ditempah dari sebuah restoran nasi kandar terkemuka di bandar raya ini.

Artikel Berkaitan:

Kehadiran helikopter itu mengejutkan orang ramai kerana ia terbang rendah di udara sebelum mendarat.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!