Nuraisyah, Juni Karimah Noor perlu lakukan yang terbaik

Nuraisyah dan Juni Karimah Noor. - Foto Majlis Sukan Negara (MSN)
Nuraisyah dan Juni Karimah Noor. - Foto Majlis Sukan Negara (MSN)
A
A
A

DUO pelayaran negara Nuraisyah Jamil dan Juni Karimah Noor Jamali perlu melakukan sesuatu bagi menamatkan perlumbaan kesembilan (Race 09) dan kesepuluh (Race10) kategori International 470 (wanita), pada Isnin dalam usaha layak ke ‘medal race,’ di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Ini berikutan mereka gagal menamatkan perlumbaan kelapan (Race 08) bagi kategori berkenaan pada Ahad setelah didapati berdepan kesukaran bagi menyaingi pelayar-pelayar lain.

Pada perlumbaan kelapan (Race08), itu turut menyaksikan Nuraisyah dan Juni Karimah Noor berdepan kesukaran biarpun kelajuan angin mencatatkan mencatatkan kelajuan 11 knot di sepanjang perlumbaan.

Di awal perlumbaan ketujuh (Race 07), Nuraisyah (helm) dan Juni Karimah Noor (krew) dilihat bermula baik dengan memberikan saingan kepada pelayar-pelayar lain.

Bagaimanapun, faktor kelajuan angin mulai 9 knot pada awal perlumbaan dan berubah kepada 12 knot pada akhir perlumbaan mungkin memberikan kesukaran kepada Nuraisyah dan Juni Karimah Noor bagi meneruskan saingan kepada pelayar-pelayar lain dan menyaksikan mereka sekadar menamatkan perlumbaan ketujuh (Race 07) pada kedudukan ke-20, daripada seramai 21 pelayar yang beraksi.

Justeru, Nuraisyah dan Juni Karimah Noor perlu memberikan aksi terbaik pada perlumbaan kesembilan (Race 09) dan kesepuluh (Race10), pada Isnin.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!