Jacobs Raja Pecut Tokyo 2020

Jacobs meraikan kejayaan menjuarai acara 100 meter lelaki Tokyo 2020 di Stadium Olimpik, Tokyo pada Ahad. Foto: AFP
Jacobs meraikan kejayaan menjuarai acara 100 meter lelaki Tokyo 2020 di Stadium Olimpik, Tokyo pada Ahad. Foto: AFP
A
A
A

PELARI pecut Itali, Lamont Marcell Jacobs membuktikan dia lebih berhak bergelar Raja Pecut Tokyo 2020 apabila memenangi pingat emas dalam acara 100 meter akhir yang berlangsung di Stadium Olimpik, Tokyo pada Ahad.

Kejayaan atlet berusia 26 tahun itu sekali gus menamatkan penguasaan 13 tahun pelari pecut sensasi dunia dari Jamaica, Usain Bolt yang sudah bersara dengan catatan 9.80 saat (s).

Catatan masa pelari GS Fiamme Oro itu juga merupakan rekod baharu Eropah meninggalkan pesaing terdekat dari Amerika Syarikat, Fred Kerley (9.84s)

untuk pingat perak diikuti bintang Kanada, Andre de Grasse (9.89s) bagi gangsa.

Jacobs yang memulakan larian di barisan ketiga melakukan permulaan yang baik sebelum terus konsisten menuju ke garisan penamat.

Untuk rekod, Tokyo 2020 merupakan edisi pertama tanpa kelibat Bolt sejak Athens 2004 yang memenangi acara riben biru tersebut di Beijing 2008, London 2012 dan Rio 2016.

Menariknya ini juga merupakan pertama kali tiada kelibat pelari Jamaica pada aksi final sejak Sydney 2000 selepas bekas rakan sepasukan Bolt, Yohan Blake kecundang pada peringkat separuh akhir.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!