Ketenangan jadi azimat berbasikal trek: Azizulhasni

Azizulhasni Awang
Azizulhasni Awang
A
A
A

KEJAYAAN beregu lelaki negara meraih pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 membakar semangat jaguh berbasikal trek, Datuk Azizulhasni Awang, untuk memburu emas temasya menjelang acara pecut individu, Rabu ini.

The Pocket Rocketman berkongsi dengan wartawan Astro Arena, Bazly Azmi, betapa dia langsung tidak tertekan untuk buat penampilan keempat temasya tertinggi di dunia itu.

Ternyata gangsa Aaron Chia-Soh Wooi Yik pada Sabtu malam meredakan tekanan kontinjen negara yang terpaksa menunggu lama untuk membutirkan medal pertama.

Badminton sudah mencapai sasaran, kini tumpuan bakal terarah kepada terjun dan berbasikal trek.

Azizul dan rakan sepelatih, Shah Firdaus Sahrom mula menyesuaikan diri dengan trek Velodrom Izu.

Malaysia menyasarkan satu pingat dalam berbasikal trek dengan pelumba dari Terengganu itu mendambakan emas.

"Untuk edisi kali, saya rasa begitu tenang dan santai, itu yang paling penting.

"Daripada segi persiapan fizikal kami tahu telah buat sehabis baik. Tapi apa membezakan ialah mental.

Artikel Berkaitan:

"Saya rasa tenang macam kejohanan yang biasa saya pergi (sebelum ini).

"Ia disebabkan pengalaman jugalah dalam tiga edisi yang lalu," katanya.

Menurutnya lagi: "Bila sampai di sini, saya memang banyak santai. Kami banyak berborak dan mengadakan perbincangan berpasukan.

"Biasanya kalau tengok rakaman perlumbaan, kami rasa berdebar dan teruja tapi kali ini saya rasa tenang.

"Saya harap pada hari perlumbaan kelak, perasaan ini kekal." - Awani

Tokyo 2020: Ketenangan jadi azimat berbasikal trek - Azizulhasni

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!