4 sungai catat penurunan paras air


Air sungai Kelantan di Tambatan Diraja, Kota Bharu.
Air sungai Kelantan di Tambatan Diraja, Kota Bharu.
A
A
A

KOTA BHARU - Cuaca panas dan kering ketika musim kemarau yang sedang melanda dalam negara ketika ini turut menyebabkan empat sungai di lapan kawasan di negeri ini merekodkan bacaan paras air menurun.

Sungai terbabit ialah Sungai Galas, Sungai Kelantan, Sungai Golok serta Sungai Pergau.

Catatan penurunan itu berdasarkan Portal Jabatan Saliran dan Pengairan (JPS) yang menunjukkan penurunan Sungai Galas di Dabong, Kuala Krai pada berada di paras 26.76 meter (m) berbanding bacaan normal 28 m.

Sungai Kelantan di Jeti Kastam, Kota Bharu pula merekodkan bacaan 0.62 m dan Sungai Golok di Rantau Panjang pula pada paras 3.77 m.

Dalam pada itu, Pengarah JPS Kelantan, Kamal Mustapha berkata, pihaknya akan sentiasa melakukan pemantauan paras air di sungai-sungai di negeri ini.

“Hasil pemantauan kami, mendapati berlaku penurunan di empat sungai di negeri ini, namun keadaan itu masih terkawal.

Cuaca panas menyebabkan air sungai catat penurunan.
Cuaca panas menyebabkan air sungai catat penurunan.

“Pihak JPS akan terus memantau bacaan paras air sungai itu,” katanya ketika dihubungi di sini.

Artikel Berkaitan:

Katanya, paras empangan Bukit Kwong, di Rantau Panjang pula masih berada di bawah paras normal iaitu 14.88 m berbanding bacaan normal 16.76 m.

“Setakat ini masih lagi terkawal kerana paras bacaan minimum empangan ini adalah 12.20m, manakala maksimum pula adalah 17.72 m," katanya.

Media melaporkan, Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan negara kini berada pada penghujung Monsun Timur Laut yang dijangka berakhir pada hujung bulan depan.

Berikutan itu taburan hujan akan berkurangan di seluruh negara kecuali di barat Sarawak.

Keadaan dijangka beransur reda bermula hujung April 2019 berikutan bermulanya fasa peralihan monsun yang membawa lebih banyak taburan hujan ke seluruh negara.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!