Pasar Chabang Tiga ditutup, peniaga diarah kuarantin

Pasar Chabang Tiga ditutup selama lapan hari bermula Ahad hingga 8 Ogos depan selepas dua peniaga disahkan positif Covid-19.
Pasar Chabang Tiga ditutup selama lapan hari bermula Ahad hingga 8 Ogos depan selepas dua peniaga disahkan positif Covid-19.
A
A
A

KUALA TERENGGANU – Pasar Chabang Tiga di sini ditutup selama lapan hari bermula Ahad hingga 8 Ogos depan selepas dua peniaga di situ disahkan positif Covid-19.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ahmad Shah Muhamed berkata, arahan itu dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bermula jam 6.20 petang Ahad bagi membolehkan sanitasi dibuat.

Susulan itu menurutnya, hampir 200 peniaga turut diarah menjalani ujian saringan sebagai langkah awal pencegahan penularan Covid-19.

“Ujian saringan sudah dibuat semalam (Ahad). Peniaga dipakaikan gelang pink dan diminta kuarantin di rumah masing-masing,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Isnin.

Dalam keadaan kes Covid-19 di Terengganu semakin meningkat sekarang, Ahmad Shah turut meminta semua pihak mengambil langkah berjaga-jaga, mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan menjaga kebersihan.

“Seperti kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, kita jangan panik, jaga SOP dan masing-masing ambil langkah penjagaan sewajarnya, InsyaALLAH kita dapat bendung Covid-19,” katanya.

Pada Sabtu, Terengganu merekodkan sebanyak 883 kes positif Covid-19 baharu dengan tiga kematian iaitu tertinggi sejak pandemik melanda negeri ini.

Bagaimanapun, jumlahnya menurun kepada 423 pada Ahad.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!