Singapura benarkan 'walk-in' di 11 pusat vaksin Covid-19 Moderna

Kementerian Kesihatan Singapura mengumumkan bermula Isnin, mereka yang ingin mendapatkan suntikan vaksin di 11 pusat vaksinasi Covid-19 Moderna tidak perlu membuat janji temu. Foto Reuters
Kementerian Kesihatan Singapura mengumumkan bermula Isnin, mereka yang ingin mendapatkan suntikan vaksin di 11 pusat vaksinasi Covid-19 Moderna tidak perlu membuat janji temu. Foto Reuters
A
A
A

SINGAPURA - Kementerian Kesihatan Singapura mengumumkan bermula Isnin, mereka yang ingin mendapatkan suntikan vaksin di 11 pusat vaksinasi Covid-19 Moderna tidak perlu membuat janji temu.

Langkah itu bertujuan memudahkan rakyat Singapura, Penduduk Tetap dan pemegang Pas Jangka Panjang yang berumur 18 tahun ke atas untuk mendapatkan vaksin, menurut kementerian itu dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menurut kementerian penduduk yang belum menerima dos pertama boleh ‘walk-in’ ke mana-mana pusat pemberian vaksin berkenaan.

Sejak pertengahan Julai, Singapura telah membenarkan warga emas berusia 60 tahun ke atas untuk pergi ke mana-mana pusat vaksinasi, poliklinik atau Klinik Kesihatan Awam tanpa janji temu.

Sementara itu, mengulas mengenai perkembangan terkini program vaksinasi Covid-19 kebangsaan, kementerian memaklumkan Singapura telah mencapai kemajuan memberangsangkan setakat ini.

Setakat 31 Julai 2021, sejumlah 7.5 juta dos vaksin Covid-19 sudah diberikan.

Kira-kira 4.3 juta individu telah menerima sekurang-kurangnya dos pertama manakala sekitar 3.3 juta lagi lengkap dua dos.

"Ini bermakna kira-kira 61 peratus penduduk Singapura telah melengkapkan vaksinasi mereka," menurut kementerian itu.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, 83 peratus daripada penduduk yang berumur 60 tahun ke atas telah menerima sekurang-kurangnya satu dos atau membuat janji temu, diikuti mereka berumur 45 hingga 59 (88 peratus), 40 hingga 44 (87 peratus), dan 12 hingga 39 tahun (83 peratus). - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!