Kes bunuh: Polis siasat kewujudan sindiket 'keldai akaun'

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim menunjukkan pelbagai barangan yang dirampas susulan penahanan tujuh individu dipercayai terlibat dalam kes penemuan mayat seorang lelaki dipercayai dibunuh.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim menunjukkan pelbagai barangan yang dirampas susulan penahanan tujuh individu dipercayai terlibat dalam kes penemuan mayat seorang lelaki dipercayai dibunuh.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis sedang menyiasat kewujudan sindiket penipuan yang menggunakan keldai akaun berkait dengan kes pembunuhan seorang lelaki yang ditemui di sebuah unit hotel di Jalan Ceylon pada Sabtu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, perkara itu masih dalam siasatan berikutan penahanan tujuh individu berumur antara 18 hingga 26 tahun dipercayai terlibat dalam kes itu di beberapa lokasi di ibu negara.

Menurutnya, hasil semakan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati terdapat lima individu yang merupakan orang terakhir berada bersama mangsa dalam bilik tersebut.

"Hasil risikan yang dijalankan Bahagian Siasatan D9 Jabatan Siasatan Jenayah IPK Kuala Lumpur kemudiannya menahan tujuh individu berumur antara 18 hingga 26 tahun dipercayai terlibat dalam kes ini.

"Antara dirampas termasuk 34 keping kad bank, 35 keping kad sim, wang tunai berjumlah RM24,901, sepucuk pistol angin, sebuah kereta, sebuah motosikal dan pelbagai barangan lain," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada Isnin.

Azmi berkata, motif kejadian berkenaan masih dalam siasatan.

"Dalam kejadian tersebut juga, seramai lima individu diselamatkan polis di sebuah unit apartment di Jalan Kuching.

Menurutnya, polis sebelum itu menerima laporan daripada isteri mangsa yang menyatakan gagal menghubungi suaminya yang telah keluar rumah atas urusan kerja di Kuala Lumpur sejak 29 Julai lalu.

Artikel Berkaitan:

"Isteri mangsa membuat laporan polis pada 30 Julai kira-kira jam 5.15 petang, isteri mangsa menyatakan mangsa berada di sebuah unit apartment di Jalan Kuching, Kuala Lumpur.

"Bertindak atas maklumat tersebut, polis kemudiannya membuat pemeriksaan di unit apartment tersebut dan menyelamatkan lima warga tempatan terdiri daripada empat lelaki dan seorang wanita warga tempatan yang telah dikurung di kediaman tersebut," katanya.

Katanya, isteri mangsa juga menyampaikan maklumat kepada polis menyatakan rakan suaminya telah membawa suaminya itu ke sebuah hotel di Jalan Bukit Ceylon pada 29 Julai lalu.

"Susulan itu, pada 31 Julai kira-kira jam 4 pagi, polis menemukan seorang lelaki terbaring di atas katil dalam hotel tersebut dalam keadaan tidak sedarkan diri.

"Pegawai perubatan kemudiannya mengesahkan bahawa lelaki tersebut telah meninggal dunia," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!