Laluan masuk ke Parlimen tenang
KUALA LUMPUR - Perkarangan laluan masuk ke bangunan Parlimen pada Selasa masih berada dalam keadaan tenang setakat jam 9 pagi.
Tinjauan Sinar Harian mendapati pihak polis hanya berkawal di laluan masuk berhampiran bangunan Parlimen.
Bagaimanapun tiada kawalan yang dilakukan pihak polis untuk laluan-laluan masuk ke Jalan Parlimen sebagaimana pada Isnin.
Kawasan sekitar laluan masuk ke Parlimen juga kembali menjadi tumpuan media seawal jam 8 pagi bagi menantikan sebarang perkembangan terkini berhubung situasi politik tanah air ketika ini.
Pada Selasa, ahli-ahli Dewan Negara Pakatan Harapan (PH) dijangka hadir ke Parlimen meskipun Sidang Dewan Rakyat yang dijadualkan bermula 3 hingga 5 Ogos telah ditangguhkan.
Barisan ahli-ahli Dewan Negara tersebut dijangka hadir pada jam 9.30 pagi bagi bantahan terhadap penangguhan sidang yang dibuat.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!